Monday, May 2, 2011

KECEWA i2 sgt MENYAKITKAN

Sangat2 kecewa apabila kita tahu orang yang kita sayang TIPU kita. Sangat2 terluka bila semua tue berlaku depan mata. Kenapa manusia perlu rasa kecewa?? Jawapan nyer sebab Dia nak kita sedar yang kita sebenarnya bukan pasangan yang tepat untuk dia. Kalau la si dia tue sayang sangat kat kita, boleh terima seadaanya kita, dia takkan sesekali berpaling dan buat sesuatu yang menyakitkan hati kita. Jelas tak??

Lumrah manusia dicipta dengan pelbagai rupa dan pelbagai jenis perangai. Orang kata, rambut memang sama hitam tapi hati kita tetap takkan same. Bersikap jujur sangat baik. Tapi kiranya kejujuran yang dia hadapkan kepada kita hanyalah TUBA pada hati kita, aku sarankan jangan bertahan lagi. Ambil langkah yang betul. Bebaskan diri sendiri, jangan jadi seseorang yang diperbodohkan. Biar kita takda rupa, tapi maruah kena jaga. 

Perlu bersyukur sebab Dia tunjukkan pada kita terlebih awal. Kecurangan @ tak setia nya dia, kita terus nampak sebelum dia jadi suami @ isteri kita. Kecewa nie sangat menyakitkan. Bercerita spt nie bukan tidak redha dengan apa y jadi. Tapi disebabkan ia terlalu sakit, hingga diri sendiri rebah dalam kepiluan. 

Bila dari awal dia minta kita setia, kita masih berpegang teguh pada kata-kata y diungkapnya. Tapi sebaliknya dia y makan kata-kata sendiri. "Sekali sayang ungkap kata sayang & kata rindu pada lelaki lain, bermakna sekali juga abang bencikan sayang".. Bila dah jadi sebaliknya, aku pula y terasa siksanya.

Katanya cinta tu tak kenal rupa, tapi bila dah kita memang mahukannya YANG FANTASI JADI REALITI, YANG REALITI JADI FANTASI.. Pedih kan.. Kenapa perlu jujur dengan aku sedangkan kau tahu setiap bait kata yang kau ucapkan hati aku musnah.

Rupanya, kisah realiti lebih menyakitkan dari novel-novel y aku baca. Rasa tersangat lucu hidup nie. Aku bersyukur pada Dia sebab selamatkan aku, tabahkan hati aku untuk berusaha berdiri sendiri dan berusaha untuk bebaskan keperitan hati. 

Kenapa mesti aku kenal mereka berdua. Kenapa kebetulan i2 sangat menyakitkan jiwa aku. Sangat2 sakit sehingga aku sendiri hilang rasa untuk mengenali insan y bernama lelaki w/pun aku tahu tak semua lelaki spt dia. Disebabkan peritnya hati y aku rasa, maka rasa itu akan aku simpan untuk SESEORANG y memang dapat terima aku suatu hari nanti. 

"Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita SUKA kerna orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang dia SAYANG. Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG tetapi SAYANGILAH apa yang kita ada"..

Ada benarnya bait kata diatas. Allah i2 Maha Adil. Setiap kejadian ada sebabnya. Jadi, sabar dan redha amat perlu. Aku sememangnya sabar dan redha.. Mungkin dia bukanlah jodohku.







*******

Sekian cerita pendek untuk kali ini.. TERIMA KASIH membacanya. Saya hargai komen anda semua.. TERIMA KASIH..